Halaman
▼
Ahad, 8 September 2013
JANGAN ABAIKAN PENYAKIT DEPRESSION (KEMURUNGAN)
Assalamualaikum semua pengunjung blog kalam kasih. Semoga sihat-sihat hendaknya. Hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang penyakit depression ataupun kemurungan. Adakah anda sedar selama ini depression adalah satu penyakit yang perlukan rawatan dengan segera.
Sidang pembaca sekalian, penyakit kemurungan ini boleh dikategorikan dalam kategori penyakit Mood ataupun dalam bahasa Inggerisnya 'Mood Disorder'. Ramai dikalangan kita yang tidak ambil pusing mengenai penyakit ini dan menggangap ia hanyalah perasaan yang membelenggu jiwa. Ramai juga pesakit yang beranggapan ia adalah sesuatu yang biasa dialami oleh semua orang, oleh itu mereka tidak pergi berjumpa doktor. Penyakit kemurungan ini jika dibiarkan ia akan menjadi lebih parah dan semakin sukar diubati.
Ia boleh hadir dalam pelbagai bentuk iaitu bentuk bipolar iaitu kombinasi simptom kemurungan dan juga manic. Selain itu. pesakit juga boleh hadir bersama simptom2 psycotic ataupun schizophrenia contohnya berhalusinasi dan berdelusi. Kita akan bincangkan tentang penyakit2 psycotic yang lain pada perbincangan akan datang. Kali ini saya fokuskan kepada masalah kemurungan.
Penyakit kemurungan adalah penyakit yang biasanya dihidapi oleh masyarakat dan dianggarkan seseorang itu mempunyai 15% risiko untuk menghidapi penyakit ini. Risikonya akan meninggat bagi seorang wanita kerana faktor biology (perubahan hormon) dan juga kesan daripada kelahiran anak. Untuk umur pula, biasanya penyakit ini terjadi pada umur 40 tahun dan ke atas, dengan 50 peratus daripada pesakit mula menghidapi penyakit ini diantara umur 20 hingga 50 tahun. Apa yang mengejutkan, kajian terbaru oleh pakar2 psychiatry mendapati jumlah pesakit kemurungan semakin meningkat dalam kalangan remaja iaitu 20 tahun ke bawah. Mereka berpendapat ia berlaku disebabkan penggunaan alkohol dan dadah yang semakin meningkat dalam kalangan mereka. Selain itu faktor keturunan juga menjadi punca, Satu kajian telah dilakukan di Amarika Syarikat tentang punca kemurungan, mereka mendapati faktor keluarga memainkan peranan yang signifikan di mana anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang mengidapi penyakit kemurungan mempunyai risiko 1.5-2.5 kali untuk menghidapi penyakit ini.
Selain itu, "life event'" ataupun kejadian yang berlaku dalam hidup juga memainkan perana yang besar. Sebagai contoh, kematian ibu bapa sebelum umur 11 tahun, kematian pasangan hidup, dan juga kehilangan pekerjaan memberikan impak yang cukup kuat dalam kehidupan seseorang. Kejadian-kedian ini dapat memberikan kesan kepada otak manusia di mana perubahan pada saraf2 dan juga pengaliran impulse akan tergangu. Jika dibiarkan, kematian saraf dan kehilangan synapse (sambungan saraf) akan berlaku. Maka, seseorang itu mungkin akan mengalami gejala kemurungan walaupun tiada rangsangan daripada luar (tanpa sebab).
Bagaimana untuk mendiagnosa (diagnose) seseorang itu menghidap penyakit kemurungan?
5 atau lebih simptom2 ini perlu ada ada pada seseorang pesakit dan berlaku dalam 2 minggu atau lebih. simptom 1 atau 2 perlu ada.
1) Mood depress (murung). Anda merasa murung hampir setiap hari atau kebanyakan hari. (contohnya : berasa sedih dan kekosongan jiwa), ataupun orang lain melihat anda sedih (contohnya : melihat anda sedang menangis).
2) Hilangnya semangat untuk melakukan apa sahaja dalam hidup. Juga termasuk hilang semangat memulakan sesuatu aktiviti hampir setiap hari ataupun kebanyakan hari.
3) Hilang selera makan hampir setiap hari ataupun kebanyakan hari. Hilang berat badan (5% dari berat badan asal).
4) Insomnia atau susah tidur hampir setiap hari atau kebanyakan hari.
5) Pergerakan atau berbuatan menjadi perlahan dan lambat hampir setiap hari atau kebanyakan hari.
6) Rasa lemah atau hilang tenaga badan, tidak bermaya untuk melakukan sesuatu perkara hampir setiap hari atau kebanyakan hari.
7) Rasa tiada apa untuk diharapkan, rasa tidak berguna ataupun rasa bersalah yang teramat sangat hampir setiap hari ataupun pada kebanyakan hari.
8) Hilang konsentrasi dalam melakukan sesuatu kerja setiap hari ataupun hampir setiap hari.
9) Berfikir tentang keatian dan juga berfikir untuk membunuh diri ataupun pernah merancang untuk membunuh diri.
Jika anda mengalami simptom2 seperti diatas, sila dapatkan rawatan ke klinik2 berhampiran untuk berjumpa doktor. Patikan anda berjumpa doktor yang anda berasa selesa untuk bercerita masalah anda kepadanya. Bukan berjumpa dr yang akan menyebabkan masalah anda semakin bertambah.
Pastikan anda tidak menangguh2nya kerana kemurungan boleh membawa kepada akibat yang lebih buruk seperti membunuh diri, mendapat simptom manic (bipolar) dan juga anda juga boleh menjadi pesakit mental (psycotic).
Rawatannya ada, cuma anda perlu mencarinya. Ubat anti depression seperti SSRI boleh didapati dan boleh membantu anda menenangkan diri anda supaya anda menjadi seperti sediakala.. Inshaallah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan