Halaman

Rabu, 11 September 2013

HOTEL PALING PELIK DIBINA DI CHINA



Sekali lihat macam kapal angkasa alien pun ada. Inilah hotel berbentuk donat yang baru sahaja dilancarkan di China.

Pada bulan ini, Syarikat perhotelan terkemuka, Sheraton yang berpangkalan di Amarika Syarikat telah merasmikan hotel baru mereka yang mungkin merupakan hotel terpelik dibuka pada tahun ini. Hotel ini diberi nama Sheraton Huzhou Hot Spring Resort.

Hotel ini adalah idea seorang arkitek daripada Beijing yang bernama Ma Yansong. Ia dibina daripada lapisan tingkat yang berbentuk cincin dan terletak di tepi tasik Huzhou's Taihu.



Hotel ini berketinggian 100 meter dan lebarnya 116 meter, menutupi kawasan seluas 75 ekar. Lobi hotel ini dibuat daripada 20000 batu kristal Swarovski. Ia disusun dengan bentuk "wave" ataupun ombak. Lantainya adalah daripada batu jed putih Afghan dan juga batu mata harimau Brazil.

Hotel ini mempunyai 27 tingkat dan 321 bilik, termasuk 40 suites, 37 villas dan presidental suites. Kos membina hotel ini tidak murah, Sheraton menghabiskan USD 1.5 billion dollar untuk memberikan setiap bilik air, pengaliran udara yang baik dan juga pencahayaan semulajadi. Para pengunjung dapat menikmati keindahan tasik di setiap bilik.

Hotel ini tidak akan nampak menarik pada waktu malam dengan pencahayaan yang terbaik. Oleh itu, ia telah dilengkapi dengan sistem LED pada bahagian luar bangunan yang dapat memantulkan cahayanya ke dalam tasik. oleh itu ia kelihatan unik sekali.

Sheraton Huzhou Hot Spring Resort, No. 5858 Taihu Road, Huzhou, Zhejiang, China; +86 (0) 572 2299 999; from $395 a night

Tiada ulasan:

Catat Ulasan