Halaman
▼
Sabtu, 1 Disember 2012
POKOK BELIMBING TANAH ADA NILAI PERUBATAN
Tumbuhan herba yang kecil ini mempunyai batang berwarna hijau. Tingginya mencapai
0.5 m. Daunnya jenis majmuk, mengandungi tiga helai anak daun berbentuk bulat. Bunga berwarna ungu keputihan. Buah pula kecil berwarna hijau hingga hitam, dan berasa masam .
Pokok ini mudah tumbuh di halaman rumah, tepi jalan dan padang.
Kegunaan dan khasiat
Seperdu pokok belimbing tanah (akar, daun dan buah) direbus hingga mendidih. Air rebusan ini diminum dua kali sehari untuk menyembuhkan penyakit buasir, darah tinggi dan kencing manis. Air ini juga dipercayai berkesan untuk merawat sakit buah pinggang, lemah Jantung serta dapat menghilangkan dahaga.Buah belimbing tanah yang segar boleh dimakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Buah yang hitam didapati lebih berkesan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan