Halaman
▼
Ahad, 30 Disember 2012
Ahad, 23 Disember 2012
Sabtu, 22 Disember 2012
KHASIAT JAGUNG
Jagung sangat kaya dengan manganese, sejenis mineral yang merangsang
kelenjar thyroid manusia untuk membina lebih banyak “triiodothyronine”,
iaitu sejenis hormon yang meningkatkan kadar metabolisma manusia. Lebih
tinggi kadar metabolisma lebih baik proses pembuangan sisa badan
manusia, dan ada berpendapat ianya juga dapat membantu bagi mereka yang
ingin mengurangkan berat badan.
Selain daripada yang tersenarai di atas, terdapat beberapa khasiat Jagung
ini. Ianya juga telah terbukti dapat merendahkan tahap kolesterol,
mengurangkan risiko barah usus (colon cancer) dan mengurangkan sakit
perut. Ianya juga sangat baik untuk sistem penghadaman. Tambahan pula
ianya mampu menstabilkan kandungan gula dalam darah, yang mana ianya
bermanfaat bagi mereka yang mempunyai penyakit seperti
hypoglycemia dan kencing manis.
Ahad, 9 Disember 2012
KHASIAT DAUN KARI
KHASIATNYA
Daun kari juga mengandungi mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik dan vitamin C. Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan Ayurveda di India. Daun kari mempunyai nilai sebagai antioksidan, anti-diabetes, antimikrob, anti-inflamasi, Hepatoprotektor, anti-hiperkolesterolemia dan lain-lain lagi. Daun kari juga dikatakan baik untuk penjagaan rambut yang panjang dan sihat. Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Kulit pokok, daun dan akar pokok daun kari digunakan sebagai tonik. Pucuk daun muda juga boleh dibuat ulam.
Sabtu, 8 Disember 2012
BUAH TEMBIKAI
- Vitamin A dalam buah tembikai amat penting untuk kesihatan mata dengan mengurangkan risiko rabun malam,dan meningkatkan tahap keupayaan melawan sel darah putih- Lymphocytes dari jangkitan kuman.
- Vitamin B6 menolong sistem imuniti mengeluarkan antibodi. Vitamin B6 mampu mengekalkan fungsi saraf dan bentuk sel darah merah.
- Vitamin C mampu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan dari jangkitan bakteria dan virus dan melindungi badan dari radikal bebas. Radikal bebas mempercepatkan proses tua seperti katarak.
- Buah tembikai mengandungi sumber Kalium(Potassium).Mineral kalium adalah unsur utama dalam keseimbangan air dan ujud dalam setiap sel. Tahap kalium yang rendah menyebabkan anda mudah mengalami otot kejang.
- Jus tembikai membekalkan tenaga dan kekuatan di kalangan orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru saja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.
- Tembikai tidak mengandungi lemak.
KHASIAT BUAH NANAS
Khasiat
Nanas mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan bromelain .Ia juga mengadungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan.Buah nanas dimakan atau dibuat jus minuman untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. Air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. Nanas bagaimanapun tidak sesuai untuk ibu yang mengandung.
BUAH RAMBUTAN
Sekarang ni musim buah rambutan . Rambutan banyak jenis , yang biasa tu dinamakan
rambutan budak sekolah . Setahu saya rambutan ni ada yang masam, manis dan masam manis.Harga boleh tahan juga mahalnya sekg RM5. Kat kg kalau ada pokok sendiri puas makan . Kalau tak da jiran pakat bagi . bagi mereka yang menghidap kencing manis tu kena beringat boleh makan 4/5 biji saja. kalau dah banyak tu macam-macam boleh kita reka supaya tak membazir . kupas buah rambutan dan isinya simpan dalam peti ais em....sangat sedap...sejuk....dan manis....Mak selalu buat air rambutan. Cara nak buat ambil isi rambutan dan buang biji rebus campur air dan gula serta bubuh
pewarna merah (sirap rambutan) . rambutan masam boleh buat jem . Isi rambutan tak perlu buang
biji rebus kemudian buanglah bijinya dan campur gula masak hingga likat....resepi yang satu ni saya
rasa tak ramai orang tau ...jeruk rambutan masam...cara nak buat , rambutan masam tak perlu
kupas kulit masukkan dalam tempayan bubuh garam kasar secukupnya dan air dan peramlah...
warna kulit rambutan akan berubah tapi isinya tetap putih dan rasanya masam manis sungguh sedap.
Jumaat, 7 Disember 2012
BAWANG MERAH
bawang merah adalah bahan utama dalam masakan Melayu . Banyak khasiat
yang terdapat pada bawang merah . Ada juga orang gemar makan bawang sebagai
ulam . Mulut berbau bawang jika makan mentah , kurang enak baunya . Dalam
masakan Melayu bawang mentah diguna seperti laksa , nasi kerabu , acar timun dll.
Untuk pengetahuan anda bawang merah mengandungi vitamin k & E, kalsium,
zat besi dan mineral . Setiap hari sebenarnya kita telah mendapat khasiat daripada
bawang kerana dalam masakan kita bawang adalah bahan utama .
KACANG POOL
Kalau nak cari kacang pool rebus tempatnya adalah di Peneng kat pulau . Aku pernah makan,
kacang pool rasannya lemak dan sedap . kacang pool rebus berkulit . kalau ke peneng tu
jangan lupa cari kacang pool.
POKOK KAPALTERBANG
POKOK KAPALTERBANG ADA MENGANDUNGI RACUN .
WALAUPUN BERACUN IA MASIH ADA KHASIATNYA ,
DAUNYA BOLEH MENGUBATI LUKA , CARA GUNA
AMBIL DAUNYA HANCURKAN MENGUNAKAN TAPAK TANGAN
DAN SAPUKAN TEMPAT LUKA. DAUN INI HANYA BOLEH
DIGUNAKAN UNTUK KEGUNAAN LUAR SAHAJA . KALAU BOLEH
ELAKAN ANAK-ANAK KITA BERMAIN MENGGUNAKAN DAUN INI.
POKOK INI MUDAH TUMBUH DI HALAMAN RUMAH, JADI RAJIN-RAJINLAH
CABUT ATAU TEBAS SUPAYA ANAK KITA TERHINDAR DARIPADANYA.