Halaman

Khamis, 11 Oktober 2012

ULAM RAJA BOLEH MENCUCI DARAH DARI TOKSID

 


Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksik dan juga dapat menguatkan tulang. Kajian juga mendapati bahan kimia Klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.coli. Ulam raja biasanya dimakan mentah terus dan jarang-jarang di masak atau dicelur. Cara ini dapat mempastikan khasiat ulam raja masih segar dan original.  

RESEPI KERABU ULAM RAJA

ulam raja dipotong halus
kelapa parut
cili api / cili kering
udang kering / ikan bilis
bawang merah
garam 

cara membuatnya
tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa dan ulam raja
panaskan dalam kuali agak layu sedikit . Makan dengan nasi panas......sedap.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan