ikan sepat dan haruan . Pekasam orang Utara dan pekasam orang pahang ada bezanya.
Ikan pekasam utara di peram bersama beras goreng yang ditumbuk dan garam . Pekasam
orang pahang ikan diperam bersama garam dan asam keping/asam jawa.
Cara memasak ikan pekasam ialah goreng dengan api perlahan dengan minyak yang sedikit sahaja,
nak sedap lagi goreng lada kering campur bawang merah dan tabur di atas ikan pekasam.
Ikan pekasam boleh juga di bakar , caranya ialah bungkus ikan pekasam dengan daun pisang
dan bakar. Ikan pekasam sedap dimakan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman.
Cara orang dulu-dulu mengawet makanan tidaklah menggunakan bahan kimia, selamat
dimakan....sekarang ni makanan kita banyak yang beracun, sebab itu banyak penyakit yang
pelik-pelik....sebagai pengguna kita kena peka tentang kadar racun dalam makanan, supaya
kita sihat.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan