Halaman
▼
Jumaat, 7 September 2012
TEMU DUGA UNTUK BERKAHWIN DENGAN LELAKI KACAK
Jika di Malaysia, kita akan pergi ke temu duga jika kita ingin memohon kerja ataupun mahu sambung belajar. Tetapi lain pula ceritanya di China. Seramai 1000 orang wanita muda dan cantik hadir di satu temuduga pelik yang diadakan di sana. Temu duga itu adalah untuk memilih calon isteri bagi seorang lelaki yang bergelar jutawan. Daripada 1000 orang yang hadir, hanya 50 orang sahaja yang akan dipilih untuk ke peringkat seterusnya dan hanya seorang sahaja yang akan dipilih sebagai pemenang.
Proses pemilihannya sangat ketat di mana semua aspek akan diambil kira seperti paras rupa, latar belakang keluarga, tahap pendidikan, personaliti, keserasian dan juga ramalan horoskop. Wanita yang ingin menyertainya juga mestilah berumur antara 20-28 tahun, mempunyai ketinggian 165 ke atas dan juga mempunyai tahap pendidikan sekurang-kurangnya diploma.Peserta juga tidak boleh terlalu kaya atau terlalu miskin kerana kalau terlalu miskin,mereka akan menjadi pisau cukur dan apabila terlampau kaya mereka tidak akan menghargai harta yang diberi pasangan.
Bagi saya, berbaloi mereka ini pergi ke temu duga tersebut kerana lelaki tersebut kacak dan sangat kaya. Asetnya tidak kurang RM49.7 juta. Acara mencari jodoh itu menunjukkan kesukaran rakyat di negara itu untuk mencari jodoh yang sesuai kerana peningkatan taraf hidup, perubahan gaya hidup dan juga perubahan sosial. Mereka dilihat lebih mementingkan aspek material. Sebagai contoh,seorang peserta wanita mengenakan syarat dan meminta RM97870 sebelum berjabat tangan dengan lelaki. Ada pula yang memberi syarat pemilikan rumah untuk berkahwin dengannya.
Saya lihat di negara kita ini masih tiadalah program seperti ini. Tetapi pada masa hadapan siapa tahu. Jika semua orang hanya mementingkan aspek material tanpa mempedulikan aspek yang lebih penting iaitu aspek rohaniah, maka perkara-perkara seperti ini mungkin terjadi.
Dipetik dari Harian Metro.
Ini gambar di Malaysia....Doktor mencari jodoh
Wah macam menarik! Hanna pun nak buat iklan cari calon suami la macam tu. hehe
BalasPadam