Halaman
▼
Selasa, 4 September 2012
SELAMAT DATANG PELAJAR BARU UIA KUANTAN
Sebentar tadi saya baru sahaja berjumpa dengan seorang rakan lama.. Rakan sekolah yang sudah 6 tahun tidak berjumpa. Beliau menghantar adik beliau yang baru sahaja mendaftar di UIA Kuantan dalam bidang perubatan.... Kiranya junior saye la ni [ junior=buli]...haha...Tapi perkara seperti itu tidak boleh lagi dilakukan di universiti. Di sekolah bolehla jadi hero. Memandangakan hari ini adalah hari pertama adik-adik junio menjejakkan kaki ke UIA Kuantan, Saya ingin berkongsi sedikit cerita tentang UIA Kuantan, mesti adik-adik semua nak tahu kan...
IIUM Kuantan pada mulanya telah dibina di Jalan Hospital Kampus iaitu di tengah bandar Kuantan. Kampus ini juga terletak bersebelahan dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kolej Kejururawatan dan juga Kuantan Parade. Kampus ini mula siap pada tahun 1997 dan telah dirasmikan oleh Sultan Haji Ahmad Shah pada 28 November 1997. Pada permulaannya, kampus ini hanya menyediakan kursus perubatan [Kuliyyah of Medcine] dan kemudian kursus-kursus yang ditawarkan juga bertambah.
Pada tahun 2004, Kampus baru IIUM Kuantan telah siap dibina di atas tanah seluas 1000 ekar di Bandar Indera Makhota, kira-kira 5 kilometer daripada bandar Kuatan. Khabarnya, tanah ini lebih Luas daripada tanah di Kampus utama, Gombak. Bangunan Kuliyyah of Medicine adalah antara bangunan terawal dibina dan kemudian barulah bangunan Kuliyyah-kuliyyah lain dibina. Kursus yang ditawarkan di sini adalah kursus perubatan, pharmacy, allied health [sains perubatan bersekutu], sains, nursing dan pergigian.
Bagi saya, memang seronok belajar di sini.. bangunan besar, kemudahan banyak dan baru tetapi pelajar masih kurang. Oleh, kemudaha yang disediakan dapat digunakan dengan seoptima mungkin tanpa perlu berebut. Semoga kalian berjaya di sini dan dapat grad dengan Cemerlang.. GOODLUCK!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan