Halaman

Isnin, 10 September 2012

RUMAH TRADISONAL MELAYU KIAN LENYAP

RUMAH LIMAS JOHOR














 
RUMAH TRADISONAL MELAYU KEDAH

 
RUMAH TRADISONAL MELAKA

RUMAH MELAYU TRADISIONAL
Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina Malaysia yang sangat bernilai. Ianya telah direkabentuk dan dibina oleh orang kebanyakan yang menampakkan betapa mahir dan kreatifnya mereka dalam bidang seni bina. Ia memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan perluasan ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan.Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri. Secara amnya, rumah ini diperbuat daripada kayu dan bertiang. Dinding diperbuat daripada kayu atau anyaman buluh dan beratapkan rumbia/ nipah atau kayu. Tingkap-tingkap mendominasi tampak dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran udara yang secukupnya kepada rumah. Ruang dalaman mempunyai ruang terbuka yang luas dan mempunyai dinding pemisah yang tersangat minima.Seni bina Melayu adalah kesan daripada pertembungan budaya kaum yang pernah mendominasi rantau ini seperti Bugis, Riau, Jawa, Acheh, Minagkabau, Siam, Cina dan Barat. Kelainan yang ada pada rumah Limas Johor adalah terletak pada
pagar disekeliling bawah rumah. Pagar dibuat dari papan yang diukir indah.
Rumah Melayu kedah pula tinggi di bahagian bawah rumah, tidak berdinding
dan dijadikan tempat rehat. Rumah Melayu Melaka unik kerana tangga batu
melambangkan identiti rumah Melaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan