Halaman

Jumaat, 7 September 2012

RAHSIA DISEBALIK WARNA




PUTIH
  1. seorang yang berfikiran positif dan optimistik. 
  2. berkebolehan dalam menyeimbangkan kehidupan seharian mereka, antara kerja dan peribadi
  3. gemar mengasingkan diri dari orang ramai
KUNING
  1. seorang yang menarik dan penuh aspirasi
  2. tidak akan menghadapi sebarang masalah dalam menyelesaikan sesuatu perkara dan mereka boleh melakukannya tanpa bantuan orang lain.
  3. amat mudah berputus asa, apabila sesuatu perkara itu tidak dapat diselesaikan
OREN
  1. seorang yang kreatif, sukakan persaingan, aktif dan praktikal dalam melakukan sesuatu
  2. suka bersaing dengan sesiapa sahaja. 
  3. kurang memberikan perhatian kepada perkara yang tidak suka dilakukan atau diarah oleh orang lain.
MERAH
  1. individu yang bermotivasi dan mengamalkan gaya hidup yang aktif.
  2. digambarkan sebagai individu yang berkebolehan sebagai seorang pemimpin
  3. seorang yang panas baran dan mudah naik angin
HIJAU
  1. seorang yang berperikemanusiaan dan amat prihatin.
  2. apabila mereka mempunyai masalah, mereka akan merujuk kepada alam sekeliling bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan mereka.
  3. adakalanya tidak boleh dipercayai,biarpun mereka bersikap berhati-hati apabila melakukan sesuatu perkara.
COKLAT
  1. seorang yang jujur,tidak suka meninggi diri dan gemarkan gaya hidup yang amat sederhana,
  2. amat menghargai sesiapa sahaja yang berada di sekeliling mereka
  3. Penggemar warna ini akan acapkali lari dari kenyataan, biarpun hanya perkara yang
    remeh.
BIRU
  1. seorang yang bijak dan berperanan besar dalam menentukan hala tuju kehidupannya
  2. Mereka juga dilabelkan sebagai tempat rujukan bagi sesiapa yang bermasalah
  3. berkebolehan menjadi pemimpin kerana bijak mengatur strategi
  4. adakalanya si biru akan bertindak melampaui batas untuk mencapai sesuatu yang diingini.
HITAM
  1. seorang yang tegas, kuat, berdisiplin dan tidak suka dikongkong
  2. kurang berkeyakinan dan adakalanya memerlukan sokongan atau bantuan dari orang lain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan