Halaman

Khamis, 6 September 2012

LEBIH BAIK DIAM......



Benarlah kata pujagga, "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa"...Tutur kata merupakan cermin pada hati dan peribadi seseorang insan.Dengan mulut, kita dihormati. Dengan mulut juga kita dibenci dan dihina.Oleh itu, kita sebagai umat Islam sering diingatkan untuk memelihara dengan baik tutur kata dan juga tingkah laku kita.

Sedangkan Saidina Abu Bakar Assidiq, sahabat yang paling rapat dengan Rasulullah dikatakan pernah meletakkan batu kecil di dalam mulutnya untuk mencegah dirinya daripada berkata. Beliau berkata “Inilah yang mendatangkan hal-hal kebinasaan kepadaku.” sambil menunjuk kepada lidahnya.

Rasulullah SAW telah memberikan contoh akhlak yang terbaik kepada kita dalam semua aspek termasuk aspek pertuturan. Rasulullah SAW tidak pernah berkata perkata-perkara yang buruk dan menyingung perasaan orang lain. Malah, kata kata baginda mempunyai hikmah dan nilai yang dapat memberi kesan kepada jiwa setiap insan. Rasulullah SAW berpesan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

“Siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia berkata baik atau diam”

Ingatlah wahai saudara-saudari sekalian pesan Rasulullah SAW tersebut. Diam itu adalah lebih baik kerana semakin banyak kita berkata-kata, semakin banyaklah kesalahan yang kita lakukan, makan semakin banyaklah dosa yang kita dapat. Kadang-kadang, kita tidak sedar yang kata-kata kita itu menyakitkan hati orang lain dan juga kadang-kadang kita tidak sedar yang kita telah berbohong.

Manusia itu dapat dibahagikan kepada 4 bahagian menurut kualiti pertuturannya.
  1. Manusia yang mempunyai tutur kata dan akhlak yang terpuji. Mereka adalah insan yang berkualiti dan dihormati masyarakat. Setiap tutur katanya dapat memberi manfaat dan sarat dengan ilmu dan nasihat. Mereka tidak bertutur perkara yang sia-sia dan tidak bermanfaat.
  2. Manusia yang banyak bercerita tentang hal ehwal semasa yang berlaku di sekelilingnya. Sebagai contoh mereka sering berbicara hal sukan, kemalangan, gempa bumi dan sebaginya. Mereka dapat memberi maklumat kepada orang lain dan jika bicara mereka itu mempunyai hikmah maka tidak rugi kita mendengarnya.
  3. Manusia yang sering mengeluh dan sering bercerita tentang masalah yang dihadapinya. Tidak dinafikan setiap manusia mempunyai masalah masing-masing, tetapi masalah tersebut bukan untuk dikeluhkan. Islam menyuruh kita bersabar apabila berhadapan dengan sebarang musibah dan juga memohon pertolongan daripada Allah
  4. Manusia yang sering berbangga dengan kehebatan dirinya. Mereka akan berbicara tentang kelebihan yang ada pada dirinya dan sering memuji diri sendiri.Dalam ungkapan sekarang boleh kita kategorikan mereka sebagai "berlagak ataupun ujub"
  5. Manusia yang sering menyebarkan fitnah dan keburukan di muka bumi. Setiap perbualannya pasti diselitkan dengan cerita-cerita perihal buruk orang lain.Kata-kata mereka penuh dengan cacian dan makian terhadap orang lain.
Semoga kalian mendapat manfaat, inshaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan