Halaman

Khamis, 6 September 2012

BONSAI KECIL TAPI CANTIK






Cara menjaga Bonsai


Bonsai dapat tumbuh dengan subur  di tempat kita. Yang perlu anda lakukan adalah menjaganya dengan baik: menyiram secara teratur, memberi baja yang tepat, dan perlindungan terbaik. Bonsai ditanam dalam bekas kecil dengan jumlah tanah yang tidak begitu banyak jika dibandingkan dengan tanaman hiasan yang lain.
Jumlah tanah  yang sedikit, sementara kelembapan yang diperlukan  banyak, maka bonsai perlu sentiasa disiram. Namun, tanah yang terlalu basah   tidak baik bagi bonsai kerana kulat akan tumbuh.. Bonsai termasuk tanaman yang tidak tahan kering. Sinaran  matahari dan panas yang berlebih akan membuat bonsai anda rosak.Teknik yang popular  adalah memangkas daun dan cabang pada bahagian  bawah, dan membiarkan bahagian utama merimbun seperti payung. Pemangkasan harus anda lakukan secara rutin,setiap satu bulan sekali. Proses pemangkasan ini jugalah yang menyebabkan bonsai anda tetap kecil. Anda dapat membentuk batang bonsai dengan cara melilitkan dawai tembaga atau aluminium.Lilitan ini jangan dilepaskan hingga 6-9 bulan. Anda juga dapat merapatkan cabang-cabang batang bonsai menjadi satu lilitan besar dan  kukuh .










Tiada ulasan:

Catat Ulasan