Halaman

Khamis, 30 Ogos 2012

Wanita Hampir Putus Tangan Diragut di Kelantan

Seorang wanita hampir putus pergelangan tangan kirinya apabila ditetak oleh peragut di Kelantan.......

Sungguh kejam perampok-perampok,peragut dan menyangak masa kini. Hinggakan sanggup mencederakan orang lain.. Hangpa bukan saja meragut malah nak membunuh pula.. "Ini serius"..kata Wonderpets.. Kejadian ragut di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bahru semalam begitu memberi kesan tragis kepada Kalam. Macam mana mereka ni boleh meragut pada waktu siang...tengahari rembang pulak tu (dalam pukuk 1.30 tengahari) di tempat yang ramai orang...Sungguh berani mereka ni.

Mangsa, Rohani Abdullah,36 tahun..seorang pembantu sebuah klinik swasta di bandar tersebut sedang berjalan ke kereta sebelum didatangi oleh 2 orang peragut yang menarik beg tangan mangsa, tetapi gagal kerana mangsa menjerit dan menarik semula beg tersebut. Satu pergelutan berlaku apabila mangsa tidak mahu melepaskan beg tangannya. Berang dengan situasi tersebut, peragut membuat tindakan nekad dengan mengaluarkan sebilah objek tajam dan menetak tangan mangsa 7 kali..dengan tetakan yang kuat.(yelah,geram punya pasal).. Akibatnya, tangan kiri mangsa hampir putus, dan urat pergelangan tangan kirinya putus.



 Ni lah gambar makcik yang kena ragut tu.kesiannya kat dia...Memang tak berperi kebinatangan betul peragut tu.

Ragut: Wanita ditetak hampir putus tanga

 Ni pulak gambar dari sinar harian..banyaknye darah...

Oleh itu beringatlah adik kakak...ibu-ibu dan anak-anak sekalian..peragut ni x mengira tempat dan masa. Nak tak nak kitalah yang kena sentiasa beringat.. Jangan lalai atau leka walaupun sesaat jua..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan