Halaman

Isnin, 27 Ogos 2012

Ubat Paling Mahal di Dunia


 Anda pernah terfikir tak, dalam dunia ni ada ubat yang harganya sama dengan sebiji ferarri.


  Mesti anda tak percaya bukan? Sebab ferrari harganya berjuta-juta ringgit. Kalau ubat takkan lah sampai semahal tu. Cuba kita tengok harga panadol kat kedai, baru berapa ringgit sahaja.Jika anda tidak percaya, jom kita tengok ubat-ubat yang saya senaraikan di bawah ini.





Ini adalah Soliris ataupun eclizumab adalah ubat paling mahal pernah dihasilkan di muka bumi ni.Ubat ni dihasilkan oleh Alexion Pharmaceutical's. Ia adalah monoklonal antibody yang dihasilkan untuk merawat pengakit yang jarang berlaku di mana sistem imunisasi badan akan menyerang cell darah merah pada waktu malam atau dikenali sebagai paroxysymal nocturnal hemoglobinuria (PNH).Tahukan anda, harga ubat ni adalah 409,500 USD, jika kita tukar kepada Ringgit Malaysia menjadi RM1,244,280.Wow, boleh beli kereta ferrari sebijik..Huhu...


http://www.originbranding.com/wp-content/uploads/2010/12/Elaprase-vial_50827-s.jpg

Ini pula adalah ubat kedua termahal di muka bumi. Ubat ini dikenali sebagai Elaprase ataupun Idursulfase. Ia dihasilkan oleh Shire Pharmaceutical's dan digunakan untuk merawat penyakit yang sangat-sangat jarang berlaku iaitu Hunter's syndrome. Penyakit ini akan menyebkan pengidapnya mengalami masalah pernafasan, kerosakan pada otak dan juga mudah mendapat jangkitan kuman atau virus.Elaprase dijual di pasaran dengan harga 375,000 USD ataupun RM1,139,450.

 
Ini pula ialah Naglazyme ataupun Galsulfase. Ubat ini dihasilkan oleh Biomarin Pharmaceuticals dan digunakan untuk merawat penyakit Maroteaux-Lamy syndrome .Ubat ini dijual dengan harga 365,000 USD ataupun RM1,109,060 .


ViroPharma 
 Ubat ini pula adalah Cinryze. Ia adalah C1 Esterase Inhibitor dan digunakan untuk merawat bengkak pada wajah. Cinryze dihasilak oleh  Viropharmadan berharga 350,000 USD ataupun RM1,063,490.
Ini adalah list hagra ubat-ubatan yang mahal di pasaran.

Data provided by Forbes and Pharmaceutical Commerce
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan