Halaman

Ahad, 26 Ogos 2012

Solat Dhuha dan Fadhilatnya

Firman Allah s.w.t :

Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.

(Surah al-Dhuha : 1-5 )


Post kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca satu amalan yg amat besar fadhilatnya kepada orang-orang yang mengamalkannya dengan konsisten dan istiqamah. Dengan izin Allah, seseorang itu akan dimurahkan rezekinya, diberi ketenangan dan keampunan oleh Allah.

Rasulullah bersabda dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah :

Ertinya : " Sesiapa yang berjaya menjaga bilangan genap solat sunat Dhuha secara berterusan, akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan "
( Riwayat Tarmizi)

Dalam hadis lain pula dijelaskan.

Ertinya : " Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha, melainkan orang-orang yang awwab ( menyerah diri kepada tuhan) "

Dalam riwayat yang lain pula, Rasulullah bersabda :

Ertinya : "Allah Taala telah berfirman : Wahai anak adam! Janganlah engkau malas untuk mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (iaitu solat sunnat Dhuha), nanti akan Aku penuhi keperluanmu pada petang harinya".
(Hadis riwayat al-Hakim dan Thabrani)

Amat beruntunglah orang yang sentiasa mengamalkan solat sunat ini.
Waktu untuk melakukan solat ini adalah pada waktu pagi, sekadar satu galah sekitar jam 8:00 pagi hingga gelincir matahari sebelum masuk waktu Zuhur.

Solat ini boleh dikerjakan sebanyak 2,4,6,8 rakaat. Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat pertama bacalah surah al-Syams dan pada rakaat ke dua baca surah al-Dhuha.Selepas itu bacalah doa ini :



 بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين

,اللّهُمّ اِنَّ الضُّحَى ضًحّاؤُك
,وَالبَهَاءَ بَهَاؤُك
,وَالجَمَالَ جَمَالُك
,وَالقُوةَ قُوتُك
,وَالقُدرَةَ قُدرَتًك
,وَالعِصمَةَ عِصمَتُك

,اللَّهُمّ اِن كَانَ رِزقِي فِي الَّسمَاءِ فَأنزِله
,وَاِن كَانَ فِي الاّرضِ فَأخرِجْه
,وَاِن كَانَ مُعَسّرَا فَيَسِّره
,واِن كَانَ حَرَامًا فَطَهِّره
,وَاِن كَانَ بَعِيدًافَقَرِّبه


بِحَق ضُحَاءِكَ وَبَهَاِءكَ وجَمَالِك وَقُوَّتِكَ وَقُدرَتِكَ واتِنِي مَا اَتَيتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِين

امين يارب العالمين
 

Maksudnya :

Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya...


“Ya Allah sesungguhnyanya
waktu dhuha itu waktu dhuhaMu,
kecantikan itu ialah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu
dan perlindungan itu perlindunganMu.”
“Ya Allah jika rezekiku ada di langit, turunkanlah
dan jika ada di bumi, keluarkanlah,
jika sukar mudahkanlah,
jika sedikit banyakkanlah,
jika haram sucikanlah,
Jika masih jauh dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, keagungan,
keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu,
limpahkanlah kepada kami
segala yang telah engkau limpahkan
kepada hamba-hambamu yang soleh”

Ameen Ya Rabbal 'Alamin...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan