Halaman

Rabu, 29 Ogos 2012

resepi ayam goreng ala KFC

Pasti ramai yang mengidam bila dah lama tak pekene ayam goreng KFC ni. Apa pun kita boleh buat sendiri ayam goreng ala KFC ni dirumah. Jom tengok bagaimana nak membuatnya..



Bahan-bahan

* 1 ekor ayam (ikut suka kalo nak banyak buat banyak)
* 1 biji telur
* 2 sudu minyak bijan
* 2 sudu serbuk lada putih
* 1 kotak tepung goreng  ADABI
* Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. Ayam dipotong ikut suka. Kemudian dibersihkan.
2. Di dalam satu mangkuk, masukkan ayam, telur, minyak bijan dan serbuk lada putih. Gaulkan sehingga rata.
3. Perapkan lebih kurang 30 minit.
4. Ambil ayam yang diperap dengan bahan-bahan tadi kemudian digolek-golekkan dengan tepung goreng ayam Adabi.
5. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga masak dan keperangan. Ulang hingga habis ayam yang diperap tadi.
6. Sedia untuk dimakan. Sedap dimakan ketika panas. Selamat mencuba! 



                                                                 kentang putar ala KFC



Kentang Putar ( ala KFC)

Bahan-bahan ( 10 biji kentang )

• 10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub ( besar2)
• 1 sk lada hitam di tumbuk halus
• 1/2 cawan fresh milk
• garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Rebus kentang dgn sedikit garam
2. Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit kasi hancur
3. Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus.
4. Sambil putar , sambil masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya

Sos kentang putar (rasa macam kfc la…)

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

• 650 ml air
• 5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
• 1 biji bawang besar - cincang
• 1 batang saderi - cincang
• 40 gm mentega
• 20 gm tepung gandum
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar sos tiram
• sedikit serbuk lada hitam
• kicap pekat
• garam

Cara-cara:

1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.

NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.

p/s : Sedap weh.. try la buat.. Jimat duit tak yah beli kat KFC dh..



Coleslaw KFC



Bahan-Bahan:
¼ biji kobis.
1 batang carrot dibuangkan kulit dan dipotong hujung dan kepala carrot.
200gm Mayonis (5 sudu besar).
50ml susu segar. 1 sudu cuka
garam dan lada sulah secukup rasa.

Cara:
1. Hiriskan kobis nipis - nipis dengan pisau.
2. Carrot dihiris menggunakan cheese grater.
3. Ambilkan sebuah mangkuk besar dan campurkan kobis yang dihiris dan carrot yang dihiris.
4. Masukkan Mayonis  6. Masukkan cuka  5. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. 7.susu segar
9. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dihidangkan.
 4+5+6+7 campur dan kacau hingga sebati



Tiada ulasan:

Catat Ulasan