Halaman

Isnin, 27 Ogos 2012

Rawatan Pelik di Seluruh Dunia

Dalam dunia ni, bukan sahaja banyak penyakit pelik-pelik yang kita dengar malah terdapat banyak juga rawatan dan kaedah perubatan yang pelik dan tak masuk akal. Agak-agaknya macam mana la mereka ni boleh terfikir tentang kaedah rawatan macam ni..



Peruvian Ety Napadenschi, yang sedang hamil lapan bulan, disentuh oleh ikan lumba-lumba bernama Wayra selama menjalani sesi terapi untuk perempuan hamil di sebuah hotel di Lima. Terapi ini diyakini boleh menstimulasi otak bayi dalam perut. Suara frekuensi tinggi dari ikan lumba-lumba diyakini boleh mengembangkan kemampuan neuran bayi.
 

Seorang lelaki China sedang menjalani terapi sengatan lebah untuk mengatasi masalah rhinitis, peradangan di membran dalam hidungnya, di sebuah klinik di Dugu Town of Xi'an, China. Doktor di klinik tersebut juga menggunakan sengatan lebah untuk merawat penyakit seperti arthritis.





Lelaki ini memasukkan wajahnya ke dalam akuarium berisi ikan garra rufa, ikan yang digunakan untuk perawatan kulit, dalam acara Beautyworld Japan trade fair di Tokyo.



Perubatan ini dikenali dengan nama Kenari. Seorang perempuan sedang menerima rawatan tradisiona China dengan sebuah Kenari di mata dan daun moxa kering yang disumbat di telinga. Ia dijalankan di sebuah klinik di Jinan, ibu kota Shandong.


Penduduk Kamboja sedang menampung air najis sapi yang diyakini mempunyai daya penyembuh di Provinsi Kompot, sekitar 62m di selatan Ibu Kota Kemboja, Phnom Penh

Seorang lelaki menelan ikan hidup sebagai bentuk ubat di Hyderabad, India . Setiap tahun di bulan Jun, Bathini Goud bersaudara dari Hyderabad ambil bahagian dalam acara memakan ikan ubat ini, yang mereka yakini boleh menyembuhkan asma dan gangguan pernafasan.
Kebanyakkan negara di dunia termasuk di Israel meyakini ular mampu menyembuhkan penyakit dengan gerakan merayapnya. Rayapan ular digunakan untuk terapi mengurangi rasa letih dibadan.

 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan