Halaman

Jumaat, 31 Ogos 2012

Merdeka itu satu penipuan ??

                                                               Hanya sekadar Slogan....


Hari ini kita menyambut hari kemerdekaan negara kita yang ke 55. Oleh itu Kalam terpanggil untuk berkongsi serba sedikit tentang erti sebenar kemerdekaan. Adakah kita telah merdeka sepenuhnya? Ataupun semuanya hanya slogan dan penipuan? Bagi kalam, penjajah tu cukup licik. bukan sekejap mereka dah jajah negara kita ni... sangat lama tau. Sejak dari tahun 1511 hingga tahun 1957 sudah hampir 446 tahun kita telah dijajah. Jika nak dibandingkan dengan tempon kemerdekaan yang hanya 55 tahun.Kita hanya baru setahun jagung berbanding mereka. Jika fikir secara logik, mana ada orang yang sanggup beri tanah jajahan yang mereka jajah dengan susah payah (ramai askar mereka terkorban) dengan percuma sahaja.... Mereka sebenarnya masih meninggalkan kesan-kesan penjajahan mereka di negara kita ini tanpa kita sedari.Pada dasarnya mereka hanya melepaskan jajahan mereka pada aspek pemerintahan, tetapi masih menjajah pada aspek-aspek yang lain.

Bentuk penjajahan
Penjajahan Minda
Minda yang rosak akibat pemisahan daripada agama. Mereka mengangap, agama akan membawa kepada kemunduran dan menghalang kepada kemajuan. Kita dapat lihat pada masyarakat kita yang memandang sepi kepada pembelajaran agama sehingga menggangap kalau belajar agama tiada masa depan.Budaya barat inilah yang diterapkan di mana-mana negara yang dijajah.Sedikit demi sedikit agama akan terhakis dari masyarakat.Minda yang sakit, menjadi punca kepada masalah sosial di negara kita.Minda yang menganggap, cara hidup barat adalah maju berbanding cara hidup yang diamalkan masyarakat Melayu yang penuh dengan nilai-nilai yang murni.Kita perlu bijak menapis perkara-perkara yang negatif dan mengambil yang postif. Barulah rakyat kita boleh menjadi rakyat yang berminda Kelas Pertama.

Penjajahan Budaya
Tidak dinafikan, Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya. Budaya yang berasal dari tanah air ini merupakan budaya yang baik. Budaya yang mementingkan adab dan tatasusila. Tetapi, penjajahan budaya barat sangat menyesatkan seperti budaya black metal, hedonisma dan sebagainya.

Penjajahan Pendidikan
Pendidikan di negara ini pada hemat Kalam perlu ditambah baik. Janganlah kita tinggalkan ilmu-ilmu fardhu ain dengan mementingkan yang fardhu kifayah semata-mara. Pelajaran sejarah pula tidak bolehla digunakan untuk memehak kepada sesuatu kumpulan,dan yang lebih teruk memihak kepada barat. Sebagai contoh menggangap penentang-penentang kepada British adalah pengkhianat. Jangan jadikan sejarah sebagai alat untuk terus berkuasa dan menjaga kepentingan peribadi. Sebaliknya harusla dilihat secara adil dan menyeluruh.

Sistem Pentadbiran
Dengan runtuhnya enpayar Islam yang terakhir di Turki, maka tamatlah sistem pemerintahan Khalifah yang diwarisi sejak zaman Rasulullah. Sistem pecah perintah yang memecahkan semua negara Islam telah melemahkan umat Islam di dunia ini. Mereka memperkenalkan sistem demokrasi. Sistem yang pada hemat Kalam banyak keburukannya.Mereka memperkenalkan undang-undang yang berpaksi kepada nasihat British dan dengan acuan pihak British. Bagaimanakan sistem pentadbiran Islam dapat dilaksanakan jika acuannya berbeza? bagi Kalam, ia tidak mungkin terjadi, air dengam minyak tidak akan bercampur.

Jika semua permasaalahan ini tidak diperbaiki dan diperbetul, sampai bila-bilalah kita akan terus dijajah Mungkin sampai beratus atau beribu tahun lagi. Hanya kepatuhan dan perhambaan kita pada Allah sajalah merupakan kemerdekaan yang sebenar. Kemerdekaan daripada perhambaan selain daripada Allah.

Salah Erti
Kemerdekaan yang disalah erti adalah seseorang itu berasa bebas untuk melakukan apa sahaja yang dia inginkan dan tidak mahu terikat dengan mana-mana undang dan hukum hakam agama.Baginya,semua perkara bisa dilakukan termasuklah perkara-perkara janayah seperti rompakan,pecah rumah, rogol dan sebagainya.


Inilah dia rempit merdeka..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan